Resep Kue,Rissoles Ngampung

Kuliner

Bahan kulit:
– 2 1/2 cawan tepung gandum
– 1/4 cawan tepung ubi kayu
– 750-800 ml air
– 1 telur, kacau dalam mangkuk
– 3 sdm majerin, cairkan
– 1 sdt garam

Cara membuat:
– Satukan semua bahan kulit dalam mangkuk besar
– Aduk dan bagi rata untuk dapatkan adonan yang halus
– Panaskan kuali non stick dengan api sederhana, oles kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan satu senduk adonan
– Dadarkan sehingga masak.

Bahan inti:
– 1 wortel, potong dadu
– 2 kentang holland, potong dadu
– Daun sup
– Daun bawang
– 200 ml air
– 2 sdm tepung gandum
– 1 sdt lada hitam
– Gula garam secukupnya

Bahan Tumbuk:
– 5 bawang merah
– 4 bawang putih

Cara membuat:
1. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan wortel, kentang, daun sup dan air
2. Masak sehingga mendidih dan lembut, kemudian tambahkan gula, lada hitam, garam, secukupnya
3. Taburkan tepung gandum, aduk dan angkat

Penyelesaian:
1. Ambil sehelai kulit dadar dan isikan dengan sedikit bahan inti, gulung
2. Celupkan ke dalam telur yang telah dikocok.
3. Salutkan dengan breadcrumb hingga rata
4. Goreng dengan minyak panas sehingga kuning keemasan
5. Sajikan dengan cabai rawit.